Monday, 21 April 2014

Celik hati (keikhlasan)

Sesuatu yang kita lakukan mesti ikhlas dari hati.Contohnya berhijab. Berhijab memang di tuntut dalam agama kita ,cuma kita saja yang abaikan. Kita yang saja ingin menunjukan kecantikan kita pada umum, wahal tak perlu pun. Andainya kita cantik diluar saja macam mana dalaman kita, cantik juga ke. Berhijab mesti ikhlas dari hati,supaya ia menjadi berkat dan mendapat pahala. Berhijab bukan satu paksaan , kita kena takut pada azab allah.Baru kita ikhlas berhijab, kalau tak sampai tualah tak berubah.Nak buat macam mana kalau sudah jadi buluh  mana boleh di lentur lagi, liat.Sama-samalah kita ingat mengingati.Semoga apa yang dilakukan  bukan untuk sesiapa.tapi lakukan kerana takutnya azab allah.  .

Thursday, 2 January 2014

Azam tahun baru 2014






Selamat tahun baru pada semua  mereka yang berkenaan.Apakah azam tahun lepas dah tertunai,agak2 macam tak ada aje.Azam tahun ni tertunai ke tidak tak pasti lagi,sebab ia baru bermula .Yang pasti hidup mesti diteruskan walaupun banyak halangan dan rintangan .Keazaman membuatkan kita lebih tabah dan cekal mengharungi liku2 hidup. Tahun baru lebih mencabar minda.Anak2 mula bersekolah lagilah cabaran lebih.Jika ada kemahuan di situ ada jalan.Jika kita rajin berusaha pasti kita akan berjaya.kalau dah kena penyakit M.susahlah sikit .Kita harus kuatkan semanggat menempuh hari2 yang mendatang.Jangan mudah menyerah kalah andainya kita gagal.Gagal sekali tak bermakna kita gagal selama2nya.