Tuesday, 28 April 2015

[Resepi] Apam Polka Dot



P/S: teringin nak buat bentuk ladybird/angry bird pulak..masih dalam proses belajor..huhu

Apam Polka Dot
Resepi: Sheely MyR


Bahan-bahan: ( 50 biji papercup medium )

    3 biji telur-dari peti sejuk(gred
 A)
    275 gm tepung gandum
    220 gm gula halus
    150 ml susu segar@susu cair
    3 sudu teh baking powder
    1 sudu kecil ovalette
    filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
    pewarna

Cara-cara:

    Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
    Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
    Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
    Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
    Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
    Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
    Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak 

Resepi Mudah Buat Cup Cake Coklat Kukus

Abelajar, buat apa pun mesti jadi dan berhasil kan?Ok, tak payah panjang berjela untuk mukaddimah resepi kali ini,saya ingin pula belajar buat kek cawan atau biasa kita sebut cup cake.Bebudak dekat rumah saya ni memang sukakan kek coklat.Ko buatlah kek rupa apa pun, janji ada bau coklat,mesti laris punyalah.muahaha. Resepi Mudah Buat Cup Cake Coklat Kukus Sumber resepi : Celoteh Hati Bella Bahan-Bahan : 3 biji telur 1 cawan gula halus 1 cawan susu pekat 1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh) 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder 1 cawan minyak masak 1 cawan air panas Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Kukus : Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Kacaulah sehingga betul-betul sebati. Setelah sebati, masukkan minyak. Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati. Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri. Kukus selama 20 minit. Akhirnya, siaplah cup cake coklat kukus kita..:) Sebenarnya banyak resepi buat cup cake coklat kukus ni.Kalau ikut resepi kek coklat kukus moist yang saya kongsikan ini boleh juga.Bezanya, kali ini kita guna cup atau bekas kecil untuk kukus dan tidak menggunakan loyang.Takde masalah punya.Insha Allah. Belajar Buat Cup Cake Untuk Perniagaan Alang-alang dah tahu resepi buat cup cake ni, saya ingin kongsikan dengan anda pula sebuah e-book cara buat cup cakes.Ianya sangat mudah!Hanya perlu belajar sendiri di rumah dengan bantuan e-book dan CD yang dibekalkan.Saya dapati cara ini sangat jimat dan sesuai untuk suri rumah yang berminat pula untuk menjadikan cup cake ini sebagai perniagaan sampingan dari rumah. Jika anda betul-betul berminat dan ingin tahu mengenai cara buat bisnes cup cake yang betul dari rumah, saya galakkan anda segera klik pautan ini.Jika lambat, saya khuatir anda terlepas memiliki peluang belajar buat bisnes cup cake dengan cara yang mudah dan betul ini. Harap perkongsian ini membantu anda yang memiliki keinginan dan masa untuk mencuba perniagaan cup cake dari rumah. Boleh juga dapatkan penjelasan dalam entri ini jika anda mempunyai masalah dalam pembuatan kek seperti kek menjadi bantat, keras atau merekah ditengah.Klik pautan ini untuk mendapatkan jawapannya: Punca-punca Kek Coklat Kukus Tidak Menjadi Terima kasih sudi baca dan bolehlah kongsikan jika suka..:)